Tiga Ditangkap Susulan Kes Lelaki Ditikam 27 Kali

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang peniaga nasi di Jelutong, semalam, dalam tempoh sejam selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, tangkapan ke atas dua lelaki dan seorang wanita itu dilakukan sekitar Jelutong pada jam 7.30 malam semalam.

“Ketiga-tiga suspek merupakan warga tempatan dan siasatan mendapati kesemua mereka adalah kawan rapat mangsa.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 29 hingga 42 tahun itu direman selama tiga hari sehingga 8 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Saravanan, siasatan berhubung kes ini masih dilakukan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan.

Media pada semalam melaporkan seorang lelaki maut selepas ditikam sebanyak 27 kali di dada, leher dan abdomen di kawasan parkir perumahan berkenaan.

Kejadian berlaku jam 6.18 petang dan mangsa Teh Teik Chye, 60, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

BBerkaitan

Latest articles