Tiga Beradik, Rakan Tak Mengaku Salah Rogol Berkumpulan Budak 11 Tahun, Dua Lagi Mengaku Salah Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Tiga beradik bersama seorang rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas dakwaan rogol berkumpulan kanak-kanak 11 tahun di Gerik, bulan lalu.

Tertuduh berusia 23 tahun bersama dua adiknya, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun serta rakan berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Stay up-to-date by following FMT’s Telegram channel
FMT
Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa berusia 11 tahun dua bulan dalam sebuah bilik di sebuah rumah dekat Kampung Pahat Luar, Gerik, pada petang awal November lalu.

Bagi kesalahan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding di mahkamah sama, dua lagi adik-beradik tertuduh berusia 31 dan 25 didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di lokasi, masa, dan tarikh sama, lapor Utusan Malaysia.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah di hadapan Rohaida selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa, selain melapor diri di balai polis terdekat sekali setiap bulan.

Beliau juga memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri mangsa.

Rohaida kemudian membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang berserta dua syarat tambahan lain yang dipohon Firdaus.

Mahkamah menetapkan 22 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula, sementara menunggu laporan pakar psikiatri, lantikan peguam, dan keputusan kes bagi amang seksual fizikal.

Menerusi laporan pada 22 Nov, seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol bergilir-gilir tujuh jirannya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pahat Luar, Gerik.

Kejadian itu terbongkar selepas ia disaksikan oleh adik mangsa berusia sembilan tahun yang kemudian melaporkan kepada ibu mereka.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat bapa mangsa di Balai Polis Gerik pada 20 Nov, membawa tangkapan tujuh lelaki termasuk enam beradik dengan empat daripada mereka sudah tidak lagi bersekolah.

BBerkaitan

Latest articles