Tidak terkejut jika Mereka mahu Jadi PM ikut pintu belakang Sekali lagi – Razlan

KUALA LUMPUR — Tidak terkejut sekira PPBM mahu melakukan sekali lagi walaupun penggal ini tinggal nyawa-nyawa ikan, ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Katanya Timbalan Presiden PPBM boleh menafikan, tapi apa yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa Muhyddin berjumpa dengan beliau dan meminta sokongan untuk Muhyddin menjadi Perdana Menteri, ianya tidak boleh disangkal lagi.

“ Malah ianya dibuktikan lagi apabila Shafie Apdal membongkarkan perjumpaan dan permintaan Muhyddin untuk sokongan Warisan agar beliau dilantik semula menjadi Perdana Menteri “ ujar Razlan melalui satu catatan di laman facebooknya hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden Bersatu berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, mesyuarat itu, kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihan raya di samping masalah kos sara hidup dan masalah harga makanan yang tinggi.

Dalam pada itu tambah Razlan lagi , umum mengetahui bagaimana Gerakan Sheraton yang diketuai oleh PPBM untuk mengantikan Kerajaan melalui pintu belakang, yang akhirnya menyebabkan BN meminta ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong untuk membubarkan Parlimen ketika itu.

Namun, ianya tidak diperkenan disebabkan krisis kemanusian Covid sedang melanda dan akhirnya kita bersetuju untuk memberikan sementara Kerajaan ini kepada Ts Muhyddin Yassin

” Gerakan licik PPBM ini menyebabkan Negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik yang tidak stabil, pertembungan keputusan dan sekali lagi akan dipaksa Istana campur tangan.

“ Dalam Pimpinan PPBM kononya menempelak agar tidak mahu Pilihanraya dalam waktu terdekat dan meletakan sasaran kepada UMNO, mereka mencatur untuk merampas kuasa sekali lagi, sungguh licik permainan politik mereka”

Justeru tambah Razlan lagi, Pengharapan Rakyat adalah melihat Negara yang stabil agar semua urusan yang dilakukan oleh Negara akan membawa kebaikan kepada semua, apa yang dilakukan oleh PPBM ini sekali lagi telah mewujudkan ketidak setabilan Politik dalam Negara.

Dan Ini juga menunjukkan PPBM tidak menghormati perjanjian MOU bersama Pembangkang, mereka tidak menghormati nasihat Istana, mereka tidak ambil peduli dengan masalahan rakyat katanya

BBerkaitan

Latest articles