“Tidak Tahu Betul Atau Tidak” – PM Ulas Berkenaan Dokumen PAS Leaks

PUTRAJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat mengesahkan sama ada dokumen PAS Leaks yang tersebar sejak beberapa hari lalu itu sebagai betul atau tidak.

“Kita tak tahu sama ada dokumen itu (Pas Leaks) betul atau tidak betul,” katanya yang juga Perdana Menteri ketika ditemui media selepas program Townhall dan pelancaran Buku Keluarga Malaysia Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Purtajaya (PICC) hari ini.

Terdahulu sejak Rabu lalu, tular dalam media sosial beberapa keratan minit mesyuarat dan agenda parti itu yang mana tercatat beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuh dan mengucar-kacirkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.

Dokumen itu disifatkan sangat mengejutkan kerana ia mengaitkan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan BN didakwa cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik masing-masing termasuk mencampuri urusan mahkamah.

BBerkaitan

Latest articles