Tidak Relevan Lantik Muhyiddin Sebagai Menteri Mentor, Kata penganalisis

Penganalisa politik, Dr. Azmi Hassan berkata, cadangan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Eddin Syazlee Shith yang mencadangkan agar Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Menteri Mentor adalah tidak relevan.

Memetik lapora Utusan, jika pelantikan ini dilaksanakan, dijangka menimbulkan kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Katanya lagi, ianya sangat berbeza jika untuk dibuat perbandingan antara bekas Perdana Menter Singapura, Lee Kuan Yew kerana situasinya agak berbeza.

“Memadai beliau berperanan sebagai ahli Parlimen dan menolak sebarang tawaran jawatan dalam kerajaan. Kita tidak mahu ia mencetuskan masalah dan ‘mengikat’ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rabu lalu, Utusan Malaysia memetik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Eddin Syazlee Shith sebagai berkata, Muhyiddin dicadang dilantik sebagai Menteri Mentor jika mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun yang berkata, Muhyiddin bukan individu sesuai menggalas tanggungjawab berkenaan jika Bersatu berhasrat mewujudkan jawatan tersebut.

“Kita mungkin memerlukan jawatan ini untuk membimbing kerajaan berdepan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi tetapi calon yang sesuai adalah se­perti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Rafidah Aziz,” katanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Ariff Aizuddin Azlan pula berkata, mewujudkan jawatan baharu me­nuntut implikasi kewa­ngan negara dan skala Kabinet yang lebih besar.

BBerkaitan

Latest articles