Tidak Hadir Mesyuarat MKT, Tetapi Serba Tahu Kata Shahrir Samad

Bekas Ahli Parlimen Johor Bharu yang juga Veteran Umno Tan Sri Shahrir Abd Samad, menyindir Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang didakwa ‘serba tahu’.

Katanya setelah membaca kenyataan akhbar berikutan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia tempohari, saya tertarik pula dengan laporan berita di atas talian bahawa MT telah mengesahkan atau membuat ‘endorsement’ sebagai calon BN untuk jawatan PM semasa PRU15.

“ Saya pun terus membuka Malaysia Gazette untuk membaca berita itu. Ianya senada dengan apa yang ditulis oleh TS Annuar Musa dalam halaman FBnya.”.
Shahrir turut mempersoalkan bagaimana Annuar yang bukan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) boleh memberi kenyataan seolah-olah beliau hadir dalam mesyuarat MKT Umno itu.
“  Hanya TS Annuar, walaupun menteri, tidak hadir di mesyuarat MT tersebut. Tapi, sebagai menteri yang jaga ‘multi-media’, kot-kot dia mempunyai maklumat sahih tentang mesyuarat yang dia sendiri tidak menghadirinya.
Bila buka portal Malaysia Gazette, terperanjat saya melihat terpampang kenyataan ‘Masalah 404’!
Apa dah jadi ni?

Tambah Shahrir lagi selepas ini beliau akan terus membaca sebarang kenyataan Annuar di akaun Facebook Ahli Parlimen Ketereh itu memandangkan laporan berita berkaitannya mungkin dipadam oleh portal yang menyiarkannya.

“Apa dah jadi ni? Jadi kalau hendak baca lagi lanjut, kenalah saya ke halaman FB TS Annuar. Di situ pula, komen pelawat-pelawat kenalah kita baca dengan sabar,” katanya yang turut  mengakhiri entri di dalam postingnya itu dengan tanda pagar #APEKEBENDA

BBerkaitan

Latest articles