Bekas Ahli Parlimen Johor Bharu yang juga Veteran Umno Tan Sri Shahrir Abd Samad, menyindir Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang didakwa ‘serba tahu’.
Katanya setelah membaca kenyataan akhbar berikutan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia tempohari, saya tertarik pula dengan laporan berita di atas talian bahawa MT telah mengesahkan atau membuat ‘endorsement’ sebagai calon BN untuk jawatan PM semasa PRU15.
Tambah Shahrir lagi selepas ini beliau akan terus membaca sebarang kenyataan Annuar di akaun Facebook Ahli Parlimen Ketereh itu memandangkan laporan berita berkaitannya mungkin dipadam oleh portal yang menyiarkannya.
“Apa dah jadi ni? Jadi kalau hendak baca lagi lanjut, kenalah saya ke halaman FB TS Annuar. Di situ pula, komen pelawat-pelawat kenalah kita baca dengan sabar,” katanya yang turut mengakhiri entri di dalam postingnya itu dengan tanda pagar #APEKEBENDA