“Tidak Bermakna”, Zuraida Rujuk Notis Saman PKR

Bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan notis tuntutan saman daripada PKR yang diterimanya pada Selasa baru-baru ini sebagai ‘tidak bermakna’.

Sehubungan itu beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap notis berkenaan yang diberikan bekas partinya terhadap mereka yang keluar parti.

“Surat itu tidak bermakna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2 di sini, semalam.

Notis tuntutan itu dihantar PKR kepada 19 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak keluar parti dengan menuntut bayaran sebanyak RM10 juta setiap seorang.

Kesemua mereka keluar dari PKR untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk daripada serpihan Bersatu, Umno, PAS, dan parti-parti gabungan Barisan Nasional (BN).

Turut meneriman notis tuntutan saman itu adalah bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu status penyertaannya ke dalam Bersatu akan diumumkan dalam satu majlis 22 Ogos depan.

“Seperti yang pernah disebut sebelum ini, kami adalah sebahagian daripada PPBM, malah di Parlimen pun kami rujuk diri kami sebagai PPBM. Cuma dari segi formal sahaja belum buat,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini