Negara Vietnam merekodkan tidak ada jangkitan baharu COVID-19 untuk hari ke-45, demikian menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengawal dan Mencegah COVID-19 Vietnam.
Menurut jawatankuasa itu juga, negara itu kekal dengan jumlah jangkitan sebanyak 1,124 kes.
Agensi Berita Vietnam mendedahkan Hanoi tidak mencatatkan kes baharu COVID-19 sejak 60 hari lalu manakala Ho Chi Minh selama 77 hari.
“Daripada seramai 1,031 pesakit yang dirawat, jumlah kematian akibat jangkitan virus itu juga kekal 35 orang. Tiada pesakit berada dalam keadaan kronik.
“Daripada sejumlah pesakit yang dirawat, tujuh daripadanya disahkan negatif dalam ujian pertama, dua pesakit disahkan negatif selepas ujian kedua dan 12 lagi negatif selepas saringan ketiga,” kata laporan itu.
Sejumlah 13,090 orang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 atau dari kawasan terjejas dengan pandemik itu dikuarantin di seluruh negara di 166 hospital, 11,727 pusat kuarantin dan 1,197 rumah atau kemudahan awam.