Tidak Ada “Ahmad Zahid Vs Ismail Sabri”

KUALA LUMPUR: Ura-ura kononnya wujud selisih faham antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditepis sendiri oleh Presiden UMNO itu.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Perdana Menteri itu

Bahkan beliau menegaskan akan bersama-sama dengan Ismail Sabri untuk mendepani PRU15 akan datang.

“Saya tahu ramai yang melihat bahasa tubuh kami, seluruh negara perhati.

“Hubungan kami kental dan kita perlu membina kekuatan itu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Ucapan yang disaksikan di depan lebih 10,000 orang Pemuda Barisan Nasional itu menjawab pelbagai desas-desus mengenai kedua-dua pemimpin UMNO itu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan, Presdien MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri Sri S Vigneswaran.

Hadir sama Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dua lagi timbalan lain, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

BBerkaitan

Latest articles