Tiba masa jualan ayam dibenarkan dieksport ke luar negara semula

Langkah dan strategi yang dimainkan oleh Kementerian Pertanian dan industri Makanan di dalam memastikan bekalan ayam pulih di pasaran di dalam negara ternyata berkesan.

Usaha itu dapat dilihat apabila harga ayam stabil di pasaran Malaysia dan melalui cerapan data harga mingguan Kerajaan mendapati kesan positif kerana harga sebenarnya berada di bawah harga kawalan RM9.40 bagi Semenanjung Malaysia.

Memetik jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata tindakan Kerajaan untuk memberi subsidi ayam ini  menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk membantu rakyat  kerana inilah pertama kali subsidi ayam diberikan bagi memastikan  bekalan ayam pulih.

“Harga purata nasional mingguan sehingga 9 Julai 2022 adalah RM9.22 dan negeri Pahang merekodkan harga terendah iaitu sebanyak RM8.95.

Hasilnya, kini pengguna telah mula mendapat manfaat manakala penternak dan peniaga ayam juga berpuas hati kerana mereka sudah boleh berniaga seperti biasa,” katanya.

BUKA SEMULA PASARAN

Memandangkan bekalan sudah pulih di pasaran, kerajaan haruslah membenarkan industri ayam ini untuk berkembang dengan membenarkan ayam hidup dieksport semula ke luar negara.

Untuk rekod pengeluaran ayam dalam negara adalah sebanyak 106 peratus berbanding tahap sara diri (SSL), yang bermaksud ianya melebihi permintaan tempatan.

Semakan juga mengenai harga jualan ayam di beberapa buah negara di dunia menyaksikan Malaysia merupakan antara negara yang menjual ayam pada harga yang rendah.

Data semakan harga ayam di beberapa negara di dunia

Justeru, rugi sekiranya kerajaan meneruskan larangan mengeksport ayam daging/segar ini keluar negara walaupun bebarapa sekatan sebelum ini telah pun di tarik balik dan sekatan ini akan menyebabkan penternak di Malaysia rugi di dalam jangka masa panjang.

Penternak ayam di Malaysia sudahpun berdepan kehilangan pasaran apabila Singapura bertindak membeli ayam daripada Indonesia dan bekalan itu masuk mulai minggu lepas selepas Malaysia menguatkuasakan larangan penjualan ayam daging/segar ke negara tersebut

Tangkap layar laporan berita mengenai kemasukan ayam dari Indonesia ke negara Singapura

Justeru Malaysia haruslah menawarkan semula produk ayam hidup/segar ini ke pasaran dunia memandangkan harga jualan komoditi tersebut merupakan terendah di Asia tenggara ketika ini.

Dengan kebenaran semula itu, Malaysia boleh menjadi pemain utama penjualan ayam di Asia dan sekaligus menarik pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia dan jika sekarang ini tahap SSLnya 106%, ianya boleh ditingkatkan lagi kepada kadar melebihi 135% sekiranya para penternak ini meningkatkan pengeluaran mereka.

Untuk membenarkan perkara itu berlaku, maka para penternak mesti menarik pelabur-pelabur asing untuk membuat pelaburan di dalam ladang mereka dan satu keputusan pengawalan dan jaminan di antara MAFI dan juga Penternak agar bekalan ayam tidak akan putus di pasaran Malaysia dan harganya mestilah pada kadar yang adil untuk rakyat Malaysia mesti dimeterai.

Perkara itu boleh dilakukan dengan cara kerajaan dan pihak penternak sama-sama duduk semeja dan berunding seperti yang sedang dijalankan oleh Datuk Seri Ronald kiandee kini.

Yang penting penternak mahu membuat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan manakala kerajaan memastikan rakyat tidak terputus bekalan dan mendapat harga yang adil kepada mereka dan penternak ini pula tidak menyalahgunakan subsidi yang diterima dengan menuntut semula subsidi bagi setiap kilogram yang dijual sedangkan ayam tersebut tidak dijual di dalam negara.

Berita Berkaitan

Komen

Terkini