Tiada Wang Beli Dadah Punca Pasangan Warga Emas Ditikam Anak

KUALA LUMPUR: Kematian tragik pasangan suami isteri warga emas dalam kejadian 9 Disember lalu berpunca dari keengganan mereka memberi wang kepada suspek untuk membeli dadah.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, dengan menambah suspek masih direman untuk membantu siasatan.

Suspek juga memiliki sembilan rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan tiga jenis dadah.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, seorang lelaki sanggup membunuh ibu bapanya dengan menikam berkali-kali.

Pasangan suami isteri berkenaan ditemui terbaring di lantai ruang tamu rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah.

“Kini tangkapan reman suspek tempatan berusia 42 tahun ini membantu polis menyelesaikan kes bunuh ini. Setakat ini polis telah selesai mengambil keterangan seramai 12 saksi bagi membantu siasatan termasuk ahli keluarga dan jiran-jiran yang mendengar jeritan kedua pasangan warga emas itu.

“Ya, kami telah selesai rakam percakapan mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Selain itu, kertas siasatan kes ini akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini untuk arahan selanjutnya iaitu cadangan menuduh suspek di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di majlis sambutan perayaan Hari Deepavali 2023 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur hari ini.

BBerkaitan

Latest articles