Tiada Tempat Buat ‘Pengkhianat’ di Selangor Kata Megat Zulkarnain

BANGI: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata dalam perjuangan istilah ‘pengkhianat’ tidak ada tempat buat mereka.

Dengan nada tegas, Megat berkata mereka yang mengkhianati parti ini adalah mereka yang pernah menghancurkan negara.

“Pengkianat tidak ada tempat. Kepada pengkianat di dalam Pakatan Harapan tunggu masanya.

“Kepada pengkhianat yang pernah hidup mewah mendapat nikmat daripada Barisan Nasional di Selangor pun tunggu masa dan ketikanya,” tegasnya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Selangor, di sini hari ini.

Pada masa sama, Megat turut mendakwa Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar memasang strategi untuk mengalih undi pengundi UMNO kepada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun tegas Megat, pengundi UMNO tidak mudah terpedaya dengan sentimen yang dimainkan.

“Saya tahu apa strategi Tan Sri Noh Omar. Strateginya adalah untuk mengalih undi UMNO kepada Perikatan Nasional (PN).

“Ingat orang UMNO tidak bodoh dengan sentimen yang dimainkan,” katanya.

Dalam pada itu, Megat turut menyuarakan keyakinan beliau bahawa kerajaan Negeri Selangor di bawah kerajaan Perpaduan akan tetap dipertahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Saya nak beritahu kawan-kawan “we are in business” pada PRN kali ini.

“Tidak akan berlaku istilah boikot antara satu sama lain.

“Yang mana kerusi yang ditandingi rakan Pakatan Harapan, kita turun untuk bantu mereka menang dan sebaliknya saya yakin perkara yang sama,” ujar beliau.

BBerkaitan

Latest articles