Tiada syarat vaksin lengkap terima bantuan khas – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan kerajaan pada 5 April lalu adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak.

Perdana Menteri menjelaskan, ini termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi Covid-19 yang lengkap.

Susulan itu, beliau mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April lalu.

Bagaimanapun kata beliau, perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.

“Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, biarpun tidak diwajibkan, kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi Covid-19 demi kesejahteraan bersama.

BBerkaitan

Latest articles