Tiada Rundingan Bersama Dua MP PN, Tindakan Mereka Kerana Matang – PM

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang rundingan dan perbincangan dilakukan bersama Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan demi meraih sokongan terhadap kerajaan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan kedua-dua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak pernah bertemu dengan mana-mana menteri Kabinet sebelum membuat keputusan itu.

Anwar merujuk kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang membuat kenyataan menyokong kepimpinan beliau baru-baru ini.

“Kenyataan dari Kuala Kangsar dan Labuan itu tidak dirunding dengan saya atau mana-mana menteri.

“Kalau mahu penjelasan, tanya kepada Kuala Kangsar dan Labuan. Tentu saya mengalu-alukan kerana kematangan dan kebijaksanaan mereka,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod pada 12 Oktober, Iskandar Dzulkarnain turut memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Disusuli pada 30 Oktober lalu, Suhaili menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Anwar berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Ahli Parlimen PN itu, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira semua permasalah rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik di sana,

BBerkaitan

Latest articles