Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas pesawat di Kazakhstan

PUTRAJAYA — Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas pesawat Azerbaijan Airlines penerbangan J2-8243 terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau di Kazakhstan semalam.

Kementerian Luar mengesahkan perkara itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta mendoakan kesembuhan mangsa cedera.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan malam tadi.

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan melalui +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95 atau +7 777 079 0014, atau melalui e-mel [email protected].

Media antarabangsa melaporkan 38 maut apabila pesawat Embraer 190 yang dalam penerbangan dari Baku menuju Grozny itu terhempas selepas terbakar ketika cuba melakukan pendaratan cemas dekat bandar Aktau.

Reuters melaporkan 29 mangsa terselamat, termasuk dua kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan, pesawat terbabit membawa 62 penumpang dan lima anak kapal.

Dan menurut beberapa laporan di lokasi Pesawat Embraer yang terhempas di Aktau pagi semalam menunjukkan tanda-tanda terkena serpihan letupan, bukan akibat silinder gas atau burung. Penumpang yang terselamat melaporkan beberapa letupan, termasuk di bahagian ekor pesawat. Pesawat ini sepatutnya mendarat di Grozny tetapi dialihkan ke Aktau sebelum nahas berlaku

BBerkaitan

Latest articles