Tiada Pertemuan Antara PM Dan Agong

KUALA LUMPUR: Istana Negara menafikan laporan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini, sebagai menyampaikan cadangan pembubaran Parlimen bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.

Memetik laporan sebuah portal, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda kini masih berada di Singapura.

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” katanya pada Isnin.

Baru-baru ini, penulis blog, Datuk Zaharin Mohd Yasin yang baru dipecat keahliannya daripada UMNO pada Jumaat lalu mendakwa Ismail Sabri akan akan hadir ke Istana Negara pada Isnin untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen.

BBerkaitan

Latest articles