Tiada Pemimpin PKR Dalam Perjumpaan Tun M, Pemimpin PH, Warisan

Pemimpin Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mendakwa mesyuarat antara Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung semalam sebagai ‘bukan mesyuarat rasmi’.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketiadaan kelibat pemimpin PKR semalam yang menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Gambar pertemuan tersebut dikongsikan oleh pembantu bekas perdana menteri itu, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin di Facebook.

“Hari ini Tun (Dr Mahathir) meeting Pakatan Harapan plus (Bersatu Tun M dan Warisan) bersama, lepas itu (Ahli Parlimen Sri Gading) YB Shahruddin Salleh datang mengejut jumpa Tun M lepas umum letak jawatan,” katanya.

Dengan menyertakan tanda pagar #KembalikanPilihanMajoriti, kelihatan di dalam gambar ialah Dr Mahathir, timbalan presiden Bersatu yang dipertikaikan Mukhriz Mahathir, Marzuki Yahaya yang mengaku masih setiausaha agung parti itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Shafie Apdal, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.

PKR, menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution dalam reaksinya berkata pertemuan itu tanpa penglibatan pemimpin partinya sebagai tidak rasmi namun menegaskan gabungan pembangkang itu masih kukuh.

BBerkaitan

Latest articles