Tiada Laporan Pelajar Malaysia Terlibat Dalam Insiden Di Selatan Thailand – Zambry

PUTRAJAYA — Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir mengesahkan bahawa sehingga kini tiada laporan mengenai pelajar Malaysia yang terlibat dalam sebarang insiden di Selatan Thailand.

Beliau berkata pihak kementerian sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan perkembangan terkini dan memastikan keselamatan pelajar Malaysia yang mungkin berada di kawasan tersebut.

“Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang maklumat mengenai pelajar Malaysia yang menjadi mangsa atau mengalami kecederaan di Selatan Thailand,” katanya ketika ditemui di majlis iftar berbuka puasa bersama warga kementerian Pendidikan Tinggi dari pelbagai peringkat di Putrajaya hari ini

Tambahnya Walaupun tidak ada angka rasmi, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat pelajar Malaysia yang belajar secara persendirian dalam bidang agama di wilayah berkenaan.

Dalam pada itu, Dr. Zambry turut memberikan perkembangan mengenai keadaan pelajar Malaysia di Jordan. Menurutnya, beliau menerima laporan harian daripada Perwakilan Hal Ehwal Islam Malaysia (PHIM) di Jordan mengenai status pelajar yang memerlukan pemantauan kesihatan.

“Sehingga hari ini, terdapat empat pelajar yang berada dalam perhatian. Tiga daripadanya telah dimaklumkan kepada saya, sementara seorang lagi masih dalam pengawasan pihak hospital,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak kementerian masih menunggu laporan lanjut dari doktor berkenaan status pelajar yang masih dalam pemantauan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles