Tiada lagi subsidi untuk golongan kaya untuk penggunaan eletrik dan Haji

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji

Sehubungan itu, Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua, di mana kita tidak naikkan kadar elektrik kecuali kepada golongan T20 sahaja yang melibatkan rumah-rumah besar.

“Hal demikian serupa dengan bantuan kewangan haji, T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan, mereka akan belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dikalangan yang mampu.

“Walau bagaimanapun, bagi kumpulan B40 kita masih tambah,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada hari pertama Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketia menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang bertanyakan tentang dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksanakan bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Ketika menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang yang meminta kerajaan menjelaskan mengenai kekeliruan beberapa dasar kerajaan, Perdana Menteri menegaskan dasar kerajaan ketika ini sangat jelas.

“Kalau dasar kita celaru pertumbuhan negara tidak akan mengatasi Indonesia, Vietnam dan China.

“Kalau dasar celaru tidak mungkin pelaburan datang dan pelaburan ini pelaburan yang serius,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles