Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Bagi Rakyat M’sia Yang Bekerja Di S’pura

Kerajaan mengumumkan menarik balik kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang pulang untuk cuti jangka pendek untuk menjalani kuanrantin di rumah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata demikian selepas kejadian warga Malaysia yang pulang ke rumah di bawah perjanjian dua hala yang disebut sebagai Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dijangkiti Covid-19.

“Sejak itu pesakit tersebut telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Dengan demikian, mereka yang melakukan perjalanan di bawah PCA tidak lagi diizinkan untuk kuarantin di rumah tetapi sebaliknya perlu diletak di pusat kuarantin,” katanya seperti yang dilaporkan The Star, hari ini.

Individu yang disahkan positif itu merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 35 tahun dan bekerja di Singapura, yang pulang ke negara ini di bawah skim PCA pada 29 Ogos lepas.

Dr Adham berkata lelaki terbabit yang tidak bergejala didapati positif Covid-19 pada 2 Sept, telah dimasukkan ke sebuah hospital di negeri ini dan kini berada dalam keadaan stabil.

Untuk rekod Skim PCA perjalanan rentas sempadan Malaysia dan Singapura yang mula dilaksanakan sejak 17 Ogos lepas.

Bagi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), Adham memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan kes berlaku setakat ini.

Beliau juga menjelaskan sejak 17 Ogos hingga hari ini, seramai 2,647 individu di bawah PCA dan 815 bagi RGL direkodkan memasuki negara ini dari Singapura.

Skim RGL dan PCA bertujuan menangani keperluan kumpulan berbeza yang melakukan perjalanan rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini