Tiada Lagi Gelaran Datuk Buat Farid Kamil, Boy Iman

Gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang.

Menerusi satu notis makluman, Setiausaha Kerajaan Pahang berkongsi senarai lima individu yang ditarik balik dan dibatalkan serta merta Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang diterima mereka sebelum ini.

Penama juga tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Selain dua artis berkenaan, individu lain yang turut ditarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan ialah Wong Shee Kai@Ricky dan Tran Thi Mai@Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.

BBerkaitan

Latest articles