Tiada Kelibat Tun Dr Mahathir Dalam Mesyuarat PH Hari ini

Tiada kelibat Tun Dr Mahathir di dalam Mesyuarat Pakatan Harapan yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Datuk Seri Anwar yang berkongsikan gambar mesyuarat melalui akaun facebooknya itu berkata beliau mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan di petaling Jaya yang membincangkan perkembangan dan isu mutakhir dalam negara.


Anwar yang kini mengetuai Pakatan Harapan selepas Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri berkata Jemaah mesyuarat telah menyentuh soal agenda reformasi, memperkemaskan gerak kerja PH serta kemaslahatan dan kebajikan rakyat yang kini dihimpit Covid-19.

Turut berada di dalam Mesyuarat berkenaan ialah Presiden Amanah yang juga Ahli Parlimen Kota raja, Mohd Sabu, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (DAP) , Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (Amanah), Senator Husam Musa(Amanah), Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar (PKR), Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya , Shamsul Iskandar Md Akin (PKR), Ahli Parlimen Lumut, Dr Hatta Md Ramli (Amanah).

Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution (PKR),dan Ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub (PAN) serta seorang lagi Ahli Parlimen yang duduk bersebelahan Salahuddin Ayub.

Baru-baru ini, kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tiada sewaktu sidang media Pakatan Harapan (PH) di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya oleh bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 19 may lalu.

SIDANG MEDIA DR MAHATHIR : MANA ANWAR IBRAHIM?

Selain Datuk Seri Anwar , ahli Parlimen PKR yang lain juga tidak kelihatan pada sidang media yang berlangsung selama kira-kira 35 minit itu.

Ketika wartawan bertanyakan ke mana Anwar, Dr Mahathir berkata Anwar sudah menandatangani kenyataan bersama PH pada hari itu.

“Dia (Anwar) sudah tandatangan kenyataan bersama tetapi dia tidak dapat hadir,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles