Tiada Garis Panduan Khusus Untuk Agensi Kerajaan Mengenai Aktiviti Unsur Keagamaan – Aaron

KUALA LUMPUR: Buat masa ini tiada garis panduan khusus untuk jabatan dan agensi kerajaan berhubung aktiviti yang membabitkan unsur keagamaan.

Bagaimanapun, Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang, berkata beberapa pendekatan telah dimabil antaranya melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat sekaligus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

“Segala pelaksanaan program dan inisiatif adalah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan,” katanya di Dewan Rakyat.

Aaron berkata demikian menjawab soalan Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan berhubung aktiviti yang membabitkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

BBerkaitan

Latest articles