Tiada bendera PAS, Itu perbezaan PRN Johor Dan Sarawak Kata Shahrir Samad

Johor bahru – ada satu beza besar antara PRN Sarawak dengan PRN Johor kata bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir samad

Katanya di Sarawak, ada lambang dan bendera PAS tapi di bumi Johor kali ini, bendera PAS tidak lagi berkibar.

“ Kesian jugalah bagi ahli-ahli sebuah parti politik yang kedua lamanya di pentas politik negara katanya di dalam hantaran di laman facebooknya pagi ini.

Beliau yang mengulas mengenai PRN Johor kali ini itu berkata Di PRN Johor, 239 calon untuk 56 kerusi dan mengatasi sedikit PRN Sarawak dari segi nisbah ‘calon – kerusi’.

“ PRN Johor yang buat kali pertama diadakan berasingan dari PRU sama meriah seperti PRN Sarawak tempoh hari.

“ Seperti di Sarawak, 10 parti politik meletakkan calon-calon mereka di PRN Johor. Ini tidak dimasuk kira calon-calon bebas.

Di PRN Sarawak, 349 calon bertanding di 82 kerusi. Ianya tanda demokrasi subur dan segar di negara kita dan kuasa rakyat diraikan dengan dihidangkan pelbagai pilihan katanya.

Tambah Syahrir yang juga Ketua Bahagian Umno Johor Bahru itu, hanya BN dan PN yang bertanding sebagai sebuah ‘coalition’ politik sambil DAP, PAN, PKR dan MUDA mencuba pendekatan baru, iaitu tiga lambang untuk 57 kerusi.

Terlebih satu kerusi kerana di DUN Larkin, PKR dan MUDA masing-masing tidak beralah.

Terdahulu, dalam penamaan calon PRN Johor, calon MUDA, Rasid Abu Bakar sah bertanding di DUN Larkin, sekali gus bertembung dengan calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain.

Selain itu, empat lagi calon layak bertanding ialah Mohd Hairi Mad Shah mewakili Barisan Nasional (BN), Zulkifli Bujang (Perikatan Nasional), Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang) dan seorang calon Bebas Norramadan Buan.

BBerkaitan

Latest articles