Tiada Agenda Terselindung, Abu Zahar Sedia Disiasat

PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan dirinya bersedia untuk disiasat susulan kenyataan media yang dikeluarkan oleh ahli-ahli panel lembaga berkenaan, berkenaan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Abu Zahar dalam masa yang sama menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang agenda yang terselindung di sebalik siasatan tersebut dan hanya melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin.

“Sukacita saya menegaskan bahawa saya bersedia untuk mana-mana pihak atau organisasi menyiasat saya pada bila-bila masa.

“Sebagaimana yang saya tegaskan daripada mula-mula lagi bahawa yang lebih penting ialah kedudukan institusi SPRM mendapat sokongan daripada rakyat yang bertujuan utamanya memerangi gejala janayah rasuah dan slaah guna kuasa tanpa khuatir,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Abu Zahar mengakui ada menerima pesanan daripada Ahli Lembaga LPPR, Datuk Seri Azman Ujang dua hari selepas sidang media khas penjelasan mengenai siasatan Azam Baki yang dibuat ada 5 Januari lalu.

Katanya, Azman memaklumkan kepada beliau bahawa isu berkenaan semakin hangat.

Hari yang sama juga beliau turut menerima respon daripada seorang lagi ahli Lembaga LPPR, Datuk David Chua Kok Tee berkait maklum balas oleh Azman yang mana LPPR perlu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai perkara tersebut dengan segera bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Seorang lagi Ahli LPPR, Tan Sri Ismail Omar turut menggesa agar menyuarat diadakan hari ini.

Melihatkan kepada reaksi-reaksi yang diterima, Abu Zahar memberitahu beliau bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tersebut secara tertutup pada tarikh berkenan pukul 10 pagi di Pejabat Akademi SPRM di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, pada 8 Januari, beliau mendapati kesemua enam ahli-ahli LPPR tersebut telah mengadakan mesyuarat antara mereka terlebih dahulu tanpa memberitahunya dan mereka telah mengeluarkan kenyataan media.

“Saya berpendapat bahawa kenyataan media yang dibuat oleh keenam ahli-ahli tersebut amatlah dikesali,” katanya.

Pada 5 Januari lepas, Abu Zahar dalam sidang media khas di SPRM memaklumkan LPPR berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Azam Baki berhubung isu pemilikan saham yang didakwa atas namanya.

Katanya, Azam tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pemilikan saham seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Tegas beliau, panel lembaga itu telah memanggil Azam pada 24 November lalu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu yang tular di media sosial sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap suruhanjaya itu.

Ujarnya, Azam telah menjelaskan bahawa adiknya yang bernama Nasir telah menggunakan akaunnya untuk membeli saham berkenaan pada tahun 2015.

Azam turut menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan bagi pembelian mahupun pemilikan saham berkenaan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini