MELAKA: Selain kekalahan yang mungkin boleh disifatkan sebagai memalukan bagi bekas tiga ADUN Melaka yang bertindak menarik sokongan kepada kerajaan negeri terdahulu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini juga membuktikan bahawa percaturan politik Perikatan Nasional (PN) belum lagi di tahap yang gah.
Calon Ketua Menteri Melaka dari PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di DUN Tanjung Bidara juga tewas kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN).
Sedangkan beberapa hari lalu, Mas Ermieyati diarak dan disorak yakin oleh PN sebagai calon yang berkaliber untuk menyandang jawatan berkenaan sekiranya gabungan itu menang PRN Melaka.
Malah pencalonannya dikatakan sebagai ‘game changer’ dalam arena politik negara untuk menyaksikan seorang wnaita mengemudi kerajaan negeri.
Bagaimanapun, keputusan setakat jam 8 malam tadi menyaksikan Ab Rauf, mengalahkan pesaingnya dengan memperoleh 3,559 undi berbanding 3,195 undi oleh Mas Ermieyati.
Sebelum ini Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menyelar tindakan Mas Ermieyati dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang seolah-olah ‘tamak’ mengejar jawatan apabila bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara dan Paya Rumput.
Menurut Isham, sikap tamak jawatan ini hanya menyusahkan rakyat dan kawasan itu sendiri kerana pemimpinnya sukar memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya.
Tidak dpt d sangkal lagi punca kekalahan PH PN d PRN Melaka ada kerana mereka memfitnah BN DSNR
mengenai Tanah 100 Juta. Niat jahat PN main kn isu ini d saat2 akhir ada lah mahu Rakyat Melaka menolak BN kerana Najib..
Akhirnya kantoi !