Terserah Kepada Kebijaksanaan Agong

KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kemelut pelantikan Perdana Menteri baharu kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada baginda dalam Perlembagaan Malaysia.

Bagaimanapun menurut Presidennya, Tan Sri Abang Johari Openg, GPS tetap dengan cadangannya bahawa penubuhan Kerajaan Malaysia terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak.

Gabungan itu mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, menurut beliau dalam satu kenyataan daripada Pejabat Premier Sarawak.

Dalam masa yang sama beliau menegaskan mandat rakyat perlu dihormati.

Dua hari lalu, GPS turut mencalonkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

GPS juga menegaskan kepentingan negara adalah lebih utama dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

BBerkaitan

Latest articles