Terpulang Kepada Tun M Dengan Siapa Hendak Berkawan

BERA: Tun Dr Mahathir Mohamad bebas untuk berkawan dan menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

Itu jawapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kesediaan Ahli Parlimen Langkawi itu untuk bekerjasama semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Terserlah pada dia (Mahathir). Nak berkawan dengan Anwar ke, DAP ke, nak berkawan dengan siapa ke, terserlah.

“Afterall dulu pun dia pernah berkawan. Hak dialah kan,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, beliau tidak kisah dituduh tidak tahu malu kerana bekerjasama dengan musuh politiknyacdemi untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah beliau mengakui tidak terkesan dengan kritikan kononnya beliau tidak tahu malu dan sanggup menjilat semula ludah kerana bekerjasama dengan Presiden PKR demi mengalahkan UMNO dan BN.

Pengerusi Perjuang itu menegaskan, apa yang penting adalah untuk mencapai matlamat menyekat Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan BN daripada berkuasa semula selepas PRU-14.

Beliau mendakwa Najib, UMNO dan BN adalah “kejahatan” yang perlu ditewaskan.

“Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Datuk Seri Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya.

Untuk rekod, sebelum ini Mahathir juga berkata partinya sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BBerkaitan

Latest articles