Terlalu Sesak… Bilangan Pengunjung Di Teluk Cempedak Akan Dihadkan

Satu cadangan akan dikemukakan pihak polis terhadap pihak berkaitan, termasuk pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menghadkan kemasukan pengunjung ke pantai Teluk Cempedak.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata cadangan itu difikirkan perlu ekoran tinjauan polis pada petang semalam, mendapati jumlah pengunjung di situ terlalu ramai sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.

“Pengunjung masih berterusan mahu masuk menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka membuat pusingan-u. Kita telah terangkan situasi yang berlaku dan minta supaya mereka kembali semula pada hari lain kerana ini melibatkan aspek keselamatan.

“Walaupun tinjauan di pantai mendapati pengunjung akur menggunakan pelitup muka seperti arahan kerajaan, namun jumlah yang terlalu ramai menyukarkan mereka mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohamad Noor turut berharap perbincangan itu akan difahami oleh setiap pihak, terutama pengunjung dalam membantu kerajaan mengurangi penularan wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, pihaknya akan turut membuat tinjauan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai di negeri itu seperti pasar pagi dan pengangkutan awam supaya setiap individu patuh dengan garis panduan yang ditetapkan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Covid-19: Kubang Pasu, Padang Terap Diumum Kawasan PKPD Berkuatkuasa Hari Ini

Kerajaan hari ini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat kawasan melibatkan Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),...

Tun M Kata ‘Banyak Parti Politik Punca Ketidaktentuan Dalam Negara’

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kecelaruan politik yang berlaku di Malaysia pada hari ini berpunca daripada jumlah parti politik yang terlalu...

Anjing Dilatih Bagi Mengenal Pasti Individu Dijangkiti Covid-19

Negara Chile kini sedang giat melatih empat ekor anjing dari spesies kacukan labrador dan golden retriever untuk mengenal pasti pesakit yang dijangkiti Covid-19. Kaedah pengesanan...

AirAsia Tawar Diskaun 20% Untuk Semua Penerbangan Dalam Negeri

Air Asia, syarikat penerbangan dengan kadar tambang murah menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi kesemua penerbangan domestik. Tawaran bermula dari sekarang hingga...

PRN Sabah: Tun M Dakwa 13 ADUN Yang Lompat Parti Akan Dihukum Rakyat

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ketidaktentuan politik di Sabah yang memaksa ia mengadakan pilihan raya negeri (PRN) disebabkan amalan rasuah di...