Terima Nasib Seperti Bekas Madu, Isteri Kedua Da’i Farhan Dicerai Ketika Hamil

‘Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.’

Begitulah perumpamaan kisah bahagia perkahwinan antara pendakwah Da’i Farhan dan isteri keduanya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau dikenali sebagai Dr Erin apabila kedua-duanya tidak lagi bergelar suami isteri sejak hujung April lalu.

Lebih menyedihkan, penceraian itu terjadi ketika Erin disahkan sedang hamil.

Namun Erin memberitahu keputusan untuk bercerai itu datang daripada dirinya dan mendapat persetujuan semua pihak, termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Kerana saya tahu pihak sana juga tak boleh move on,” tulisnya menerusi satu muatnaik di laman Instagramnya, @drholisw.

Erin mendedahkan Da’i Farhan tidak mempunyai pendirian berkenaan perkahwinan mereka, malah menyatakan keinginan untuk rujuk semula dengan bekas isteri termasuk turut memujuk Fatin untuk menerima hidup bermadu.

“Saya tau ustaz pun serba salah. Kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela. Jadi saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan lagi ustaz dengan saya.”

Dalam pada itu Erin memberitahu bahawa Da’i Farhan telah kembali semula bersama Fatin pada 11 Februari lalu kerana tidak mahu berjauhan dengan anak-anak.

“Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu.”

Sehubungan itu Erin meminta orang ramai tidak lagi mengaitkannya dengan Da’i Farhan sambil menambah dirinya tidak sepadan untuk berpasangan dengan golongan agamawan.

Erin juga berkata dirinya redha dengan ketentuan Allah SWT malah sanggup mengalah demi insan yang disayangi.

Latest articles

Related articles

spot_img