KUALA LUMPUR: Umum sedia maklum bahawa kanser merupakan pembunuh dua paling bahaya di antara semua jenis penyakit yang wujud di dunia.
Pesakit memerlukan rawatan sesuai untuk penyembuhan, termasuklah proses kemoterapi.
Proses ini bertindak membinasakan tumor dan merencat pertumbuhan kanser, serta mungkin merosakkan sel-sel biasa dan tisu.
Selain kaedah perubatan moden, hari ini masyarakat semakin celik dengan manfaat produk semula jadi yang berasaskan herba.
Menurut Pengasas dan Pemilik NatureCeuticals, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid, wujud keperluan untuk mengiktiraf manfaat tumbuhan herba dalam bidang perubatan dalam merawat kebanyakan sakit kronik.
“Apabila saya pulang ke Malaysia dari Australia, saya mendapati ramai rakyat Malaysia menggunakan perubatan herba untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk kanser.
“Saya mula berfikir mengapa herba tidak boleh dikembangkan menjadi ubat setaraf dengan ubat sintetik yang dipreskripsikan oleh doktor?
“Ketika di Universiti New South Wales, saya belajar cara untuk memastikan kualiti herba yang konsisten. Penyelidikan saya menunjukkan bahawa herba tertentu mempunyai potensi sebagai agen anti-kanser melalui mekanisme seperti menghalang pembentukan salur darah baru (angiogenesis).
“Mekanisme ini penting kerana sel kanser memerlukan salur darah baru untuk berkembang dan merebak.
“Saya juga mendapati herba-herba kaya dengan antioksidan boleh membantu mengurangkan radikal bebas, yang menjadi pemangkin kepada pembentukan salur darah baru dalam kanser. Inilah sebabnya sayur-sayuran dan buah-buahan sering disarankan untuk kesihatan,” katanya ketika ditemui The Rakyat Insight, baru-baru ini.
Dr. Amin merupakan seorang saintis dengan latar belakang pendidikan di dalam bidang farmasi hampit 20 tahun.
Beliau pernah menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), selama 15 tahun dan berkolaborasi dengan beberapa universiti di Australia untuk melakukan penyelidikan.
Pada awalnya tumpuan utama kebanyakan penyelidikan Dr. Amin berkaitan dengan bahan sintetik untuk merawat kanser, khususnya dalam mencipta ubat kemoterapi yang lebih efektif dengan kesan sampingan yang minima.
Namun ‘minat’ penyelidikan beliau mula berubah selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2005, selepas melihat keperluan membangunkan perubatan berasaskan herba, apatah lagi dengan kelebihan negara ini yang mempunyai banyak sumber tumbuhan berkenaan.
“Herba seperti misai kucing yabg mempunyai rosmarinic acid pada kadar 6 peratus, menjadi fokus utama saya kerana ia menunjukkan potensi sebagai agen anti-kanser.
“Namun, untuk menghasilkan ekstrak berkualiti tinggi secara konsisten, kami membangunkan teknik penanaman secara fertigasi, yang memastikan kandungan bahan aktif tetap stabil.
“Dengan ekstrak berkualiti tinggi, kami menjalankan ujian klinikal fasa awal untuk menguji keberkesanan produk kami. Hasilnya menunjukkan bahawa ekstrak herba ini dapat mengurangkan keletihan berkaitan kanser, memperbaiki kualiti hidup pesakit, dan membantu mengatasi kesan sampingan kemoterapi.
“Kami juga menjalankan penyelidikan terhadap penyakit lain seperti diabetic retinopathy dan triple-negative breast cancer.
NatureCeuticals, menawarkan rawatan tambahan bukan sahaja kepada mereka yang sedang menghidap penyakit kronik, bahkan kepada semua golongan yang komited dengan gaya hidup sihat.
Antara barisan produk NatureCeuticals adalah Nuvastatic, Uris Anti-oxcidant Drink, Canssu5 dan Heal.t Cafe.