Tengku Zafrul Sandaran Harapan Orang Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: Selepas lima tahun bertukar tangan, kini pengundi Parlimen Kuala Selangor mengharapkan wakil UMNO-Barisan Nasional (BN) kembali mewakili nasib mereka.

Bukan berniat hendak membandingkan mana-mana individu, namun tsunami politik yang melanda tanah air pada pilihan raya 2018 menjadi pengajaran berharga buat mereka.

Esok, 19 November, pengundi di Kuala Selangor mahu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menang dengan bergaya dan mencipta sejarah buat mereka.

“Amat besar harapan kami buat Tengku Zafrul untuk menunaikan mandat dan membantu menyelesaikan masalah di sini,” demikian menurut Surani Dorani, 48.

Malah beliau mahu masalah perparitan yang menjadi beban dalam kalangan penduduk Kampung Bukit Cherakah segera diselesaikan kerana tidak tahan lagi berdepan dengan banjir.

Perkara yang sama disokong seorang lagi pengundi yang hanya ingin dikenali sebagau Fakieh.

Pengusaha khidmat percetakan yang berusia 34 tahun ini menggesa satu langkah proaktif diambil oleh wakil rakyat akan datang.

“Dalam tempoh tiga, empat tahun ini, kerap sangat banjir melanda. Rumah saya semalam pun baru naik air selepas hujan lebat,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Tengku Zafrul di Kuala Selangor, Fakieh percaya Menteri Kewangan itu mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

“Melihatkan kepada portfolio Tengku Zafrul, saya yakin beliau ada kelebihannya.”

BBerkaitan

Latest articles