Tengku Zafrul Masih Lagi Bersama UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menasihatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa berhubung hasratnya untuk meninggalkan parti itu.

Peekara itu, menurutnya, telah disampaikan kepada Tengku Zafrul dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

“Saya telah menyatakan pandangan parti bahawa beliau tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan sekarang kerana beliau adalah seorang menteri.

“Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli MKT yang dipilih serta menang. Jadi, tidak perlu terburu-buru,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa MKT UMNO di Pusat Dagangan Dunia, semalam.

Menurut Ahmad Zahid, Tengku Zafrul telah menerima nasihatnya dan menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli UMNO.

“Dalam pertemuan itu, beliau bersetuju dengan saya dan insya-Allah, setakat hari ini, beliau masih lagi ahli UMNO,” katanya.

Bulan lalu, media melaporkan bahawa Tengku Zafrul bercadang menemui Ahmad Zahid bagi berbincang sebelum membuat keputusan muktamad mengenai kedudukannya dalam parti.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang bahawa Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti itu. Media turut melaporkan bahawa beliau pernah dipelawa menyertai PKR beberapa bulan lalu.

BBerkaitan

Latest articles