Tengku Zafrul Belum Dipanggil SPRM Berhubung Dakwaan Salah Guna Dana RM600 Billion

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menghubungi beliau berkenaan dakwaan salah guna dana RM600 bilion kerajaan terdahulu.

Tengku Zafrul berkata, beliau bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan tiada apa yang mahu disembunyikannya daripada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.

“Saya tidak mahu jelaskan buat masa ini (berhubung isu berkenaan), kita tunggu dahulu belum ada apa-apa nak dijelaskan.

“Paling penting kalau ada apa-apa isu berbangkit yang tidak betul kita highlight (tonjolkan), saya rasa tiada isu,” katanya selepas majlis pelancaran jenama kenderaan elektrik dari China, BYD yang diadakan di sini sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zafrul, Muhyiddin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion.

BBerkaitan

Latest articles