Tempoh Berkuarantin Sebagai Masa Untuk Bermuhasabah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19 pada semalam menyifatkan tempoh dua minggu kuarantin ini sebagai masa terbaik untuk dirinya bermuhasabah dan melakukan penambahbaikan.

Menulis di akaun rasmi Faecbooknya, Zulkifli juga sekali lagi memohon maaf terhadap kesulitan yang turut dihadapi oleh individu-individu yang pernah menjadi kontak rapatnya.

“Tempoh masa yang dikurniakan pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan untuk masa mendatang.

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut memuatnaik kad laporan untuk bulan Ogos bagi agensi di bawah portfolionya.

“Dalam masa yang sama, ia tetap menjadi amanah dan tanggungjawab buat saya dalam melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, setiap bulan sebagaimana yang saya lakukan sejak Mac lalu.

“Justeru, saya lampirkan di sini Kad Laporan Bulan Ogos 2020 bagi agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Zulkifli memaklumkan jadualnya sepanjang Ogos banyak bertumpu di Dewan Rakyat namun agensi di bawah kementeriannya amat komited dengan melaksanakan pelbagai program.

Bagaimanapun beliau meminta rakyat turut merujuk media sosial setiap agensi di bawah kementeriannya memandangkan kad laporan itu tidak melaporkan keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan.

“Saya berharap kad laporan bulanan ini dapat memberi gambaran secara umum mengenai apa yang kami laksanakan setiap bulan terutamanya dengan fokus kepada pandemik COVID-19 pada masa ini.

“Semoga Allah SWT terus memayungi Malaysia dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Insya-Allah Kad Laporan September 2020 akan menyusul,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini