Tembak MH17: Nama Suspek Akan Dibentangkan

Pasukan penyiasat antarabangsa dijangka membentangkan hasil siasatan baharu mereka berhubung tragedi MH17 yang ditembak jatuh, termasuklah menamakan suspek tambahan yang terlibat.

November lalu, Mahkamah Belanda mensabitkan kesalahan membunuh ke atas tiga suspek iaitu dua bekas ejen risikan Rusia dan pemimpin pemisah Ukraine.

Mereka didakwa menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal dengan menggunakan sistem peluru berpandu milik Rusia.

Namun begitu, ketiga-tiga suspek dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan kekal bebas sehingga kini.

Sehingga kini, pasukan penyiasat masih meneruskan proses pengumpulan bukti berkaitan kemusnahan pesawat tersebut.

Ini akan membolehkan mereka menentukan sama ada wujud penglibatan pemimpin politik atau pegawai tentera tinggi untuk meluluskan penggunaan peluru berpandu tersebut.

Selepas itu, terserah kepada pasukan pendakwa raya untuk mengemukakan dakwaan tambahan.

Rusia sehingga kini menafikan ia bertanggungjawab dalam insiden itu.

Pesawat MH17 itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014.

Tragedi itu menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda terbunuh.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini