Teguran Sultan Pahang, Ternyata PAS Gagal Tunggang Isu Titah Adendum

KUALA LUMPUR: Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua pihak agar menghormati undang-undang berkaitan titah adendum ‘tepat pada masanya’ terhadap pembangkang yang cuba mempolitikkan isu berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pembangkang kehabisan modal untuk memburukkan kerajaan dan kini cuba menjadi hero kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Malam tadi Alhamdulillah, kebijaksanaan Tuanku Sultan Pahang, maka acara dan tujuan mereka (Pas) nak tunggang adendum ini gagal.

“Tuanku Sultan minta kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menganjurkan majlis.

“Titah Tuanku Sultan menjelaskan, pertama jangan politikkan kehadiran Seri Paduka dan kedua adendum biar ikut proses undang-undang.

“Lingkup strategi PAS, akhirnya semua orang pulang,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita, AMK dan Cabang Keadilan Selangor, hari ini.

Malah Presiden PKR itu juga kesal apabila beliau menjadi mangsa terhadap pemenjaraan Najib berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Sedangkan proses menggeledah aset, siasatan dan dakwaan sehinggalah kepada hukuman penjara sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

BBerkaitan

Latest articles