KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi memaklumkan pihaknya sedia mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan ahli yang dikenakan tindakan disiplin, selaras dengan Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu antara lain menjadi tumpuan susulan isu penggantungan bekas Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
UMNO Bahagian Sembrong sebelum ini mencadangkan penggantungan Hishammuddin ditarik semula...