Tawar Jadi PM Buktikan BN Tak Ketandusan Pemimpin

KUALA LUMPUR: Tindakan menawarkan diri sebagai Perdana Menteri di masa akan datang membuktikan Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin.

Malah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beliau sebagai bercita-cita tinggi

“Saya cuma memberi bayangan untuk berkhidmat demi negara dan rakyat. Jika diberi peluang saya juga ingin mengemudi kerajaan kita.

“Kita hendak tunjuk UMNO dan BN tidak ketandusan pemimpin yang boleh menerajui kerajaan suatu hari nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya, pagi ini.

Dalam kempen baru-baru ini, Khairy secara terbuka memberitahu mahu memimpin UMNO suatu hari nanti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Kesihatan menyifatkan langkah pengisytiharan harta oleh pemimpin-pemimpin PKR sebagai wajar dan beliau juga telah membuat perkara sama selepas dilantik menteri Kabinet sebelum ini.

“Saya sebut dari awal yang mana isytihar harta penting. Saya tidak ada masalah isytihar harta. Ini amalan kita dari dulu. Saya sudah buat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka juga sudah menyenaraikan menteri lain juga.

“Saya pun tersenarai dalam julat harta yang sudah dipersetujui oleh SPRM mengikut pengisytiharan harta saya. PKR hendak buat tak apalah. Rakan dalam PKR (Pakatan Harapan) pun tidak buat.

“Masing-masing ada pendirian. Pendirian kami dibuat selepas dilantik pada jawatan kerajaan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles