Tarikh PRN Johor Diumumkan Selepas SPR Bermesyuarat Esok

KUALA LUMPUR: Satu Mesyuarat Khas akan diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia esok, berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Mesyuarat berkenaan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, bermula jam 10 pagi.

Sidang media oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut.

PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa 22 Januari lalu.

Pembubaran DUN dibuat selepas Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

BBerkaitan

Latest articles