Tarif Eletrik, Air Di Semenanjung Kekal, Harga Ayam Tidak Diapungkan – Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Kerajaan  mengumumkan tidak akan menaikkan kadar tarif eletrik dan air di Semanjung Malaysia serta membatalkan pengapungan  harga ayam

Perdana Menteri, Datuk Seri ISmail Sabri berkata Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif eletrik dan air di semenanjung dan kekal seperti sekarang.

“ Dengan keputusan ini, Kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain” katanya di dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Ismail Sabri lagii, Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“ Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan”

Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup katanya.

Berita Berkaitan

Komen

Terkini