Tangkap Layar Perbualan Whatsapp Direka, Pengarah MITI Sahkan Peserta Felo Perdana Digugurkan

KUALA LUMPUR: Sejak semalam tular di media sosial satu tangkap layar membabitkan perbualan Whatsapp antara Pengarah Komunikasi Strategik dan Komunikasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Suria Zainal dan seorang Felo Perdana yang sebelum ini dilaporkan dibuang kerana mengemukakan sijil palsu.

Bagaimanapun Suria pada hari ini menafikannya, dengan menegaskan tangkap layar berkenaan adalah direka oleh pihak tertentu.

Suria turut meminta pihak berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang direka dan palsu itu memadamkan hantaran terbabit di media sosial.

“Helo, bolehkah anda memadamkan hantaran ini kerana mesej tangkap layar yang disiarkan adalah rekaan. Sila padamkan profil saya daripada siaran anda ASAP (dengan segera). Terima kasih.

“Tidak, dia tidak lagi bersama kita,” tegasnya.

Terdahulu Suria menjawab pertanyaan salah seorang pengguna Twitter sama ada Felo Perdana yang telah dibuang masih lagi bertugas di MITI.

Kononnya perbualan yang direka itu menyaksikan Suria berkata isu melibatkan Felo Pedana itu akan diselesaikan dan berpendapat beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Beliau juga meminta Felo berkenaan menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan menganggapnya satu halangan yang tidak seharusnya menjadi punca kegagalan kehidupan.

Dialog rekaan itu juga berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mendiamkan orang awam daripada terus memperkatakan isu tersebut dan mendakwa menteri mahu Felo Perdana itu masuk bertugas seperti biasa.

Minggu lalu KBS melancarkan siasatan dalaman berhubung seorang peserta program Felo Perdana yang ditempatkan di MITI kerana mengemukakan sijil palsu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, siasatan awal mendapati terdapat kelemahan dalam sistem prosedur operasi standard (SOP) daripada segi proses penapisan.

BBerkaitan

Latest articles