More

    Tangguh Pilihan Raya Dengan Gubal RUU Ketika Wabak Bukan Langkah Sesuai

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan tindakan menggubalrang undang-undang yang bertujuan menangguhkan pilihan raya ketika COVID-19 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Menjawab soalan dari Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, beliau berkata sebarang pindaan ke atas mana-mana Perlenbagaan Persekutuan memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen.

    “Pihak kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

    Terdahulu, Mahdzir bertanyakan sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan atau menggubal RUU bagi menangguhkan pilihan raya ketika wabak sedang melanda negara.

    Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berpandangan bahawa pilihan raya umum tidak sesuai untuk dilaksanakan pada ketikan ini memandangkan negara masih berdepan dengan bilangan kes yang tinggi dan kematian akibat COVID-19.

    Beliau berkata Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) perlu dipinda untuk memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan menghalang pilihan raya diadakan bagi tujuan kesihatan awam.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini