Tanggapan ‘Kerajaan Pintu Belakang’ Perlu Dihapuskan – Zahid

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mandat baru perlu diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kini diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tanggapan ‘kerajaan pintu belakang’ tidak lagi berterusan.

“Kita mesti mendapat mandat baru sebagai kerajaan 12 parti bagi membuktikan bahawa ia bukan kerajaan pintu belakang,” katanya ketika ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim malam tadi.

Bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, Zahid berkata parti yang menerajui kerajaan pusat ini perlu merangka manifesto bersama.

“Kerana itu, pilihan raya kecil Slim adalah pertempuran penting, kerana ia akan berikan petunjuk sokongan pengundi,” demikian menurut Zahid seperti yang dilaporkan The Malaysian Insight.

Kerajaan PN yang terbentuk pada akhir Februari lalu terdiri daripada 12 parti politik namun tidak bergabung secara rasmi walaupun akan berdepan dengan PRU15 akan datang.

Mereka terdiri daripada Bersatu, Barisan Nasional (Umno, MCA, MIC, dan PBRS), PAS, GPS (PBB, PRS, PDP, dan SUPP), PBS, dan STAR.

 

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini