Tanah Runtuh Di Banjaran Hot Spring, Dua Dikhuatiri Tertimbus

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebuah villa di Banjaran Hot Spring, Tambun, awal pagi ini, menyebabkan dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tersebut.

Mangsa yang terperangkap, Lee Tze Jun 32 dan Ooi Chee Wei 39.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mereka menerima panggilan pada jam 1.28 pagi dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Disyorkan Untuk Anda

“Berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi yang menimpa sebuah villa, dipercayai terdapat dua mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Katanya, pasukan bomba menggerakkan pasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa dan usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

“Pihak pusat gerakan operasi akan memberi maklumat terkini dan mutakhir dari masa ke semasa,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini