Tan Sri Muhyiddin Positif Jangkitan Covid-19

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) , Tan Sri Muhyiddin Md. Yasin memaklumkan bahawa beliau disahkan positif jangkitan covid-19

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau telah didapati positif pagi ini setelah membuat ujian reaction transcription Polymerase chain reaction ( RT-PCR)

Menurutnya, beliau kini hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik dan akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selaras protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di dalam hantarannya itu juga, beliau turut menyeru individu yang berkemungkinan menjadi kontak rapat dirinya untuk turut mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

Semalam, Muhyiddin Yasin turut mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) Bil 2 Tahun 2022 yang disertai Menteri-Menteri Kabinet, ahli-ahli Majlis serta pegawai kanan kerajaan. Mesyuarat hari ini juga disertai YBhg Tan Sri Dr Sulaiman Mahboob selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat MPN.

BBerkaitan

Latest articles