Tan Sri Dzul teruskan program bantu rakyat, perkenal program bakul makanan bantu penduduk di Tasek Gelugor

Tasek Gelugor – Menyedari situasi ekonomi yang mungkin menyebabkan rakyat di Parlimen Tasek Gelugor berdepan kesukaran, Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini meneruskan program bulanannya menyantuni penduduk di kawasan itu

Katanya, program bulanan yang telah masuk kali kelima dimana sebelum ini memberikan ikan percuma dan mulai bulan lepas ianya ditukar kepada pemberian ayam percuma.

“ kita pun faham mengenai harga ayam ini yang mahal dan pernah suatu ketika ianya tiada stok dipasaran, jadi hari ini kita berikan ayam katanya ketika ditemui di Program pemberian ayam percuma di hadapan pejabatnya di Tasek Gelugor hari ini.

Tambahnya lagi, program ini seperti yang pernah dia katakan sebelum ini ialah program yang berterusan di mana ianya di lakukan setiap bulan sekali.

Dan setakat ini, saya telah tunaikan janji saya untuk melakukan program ini ianya adalah sebahagian usaha kecil saya untuk membantu masyarakat menangani isu kos sara hidup.

tambahnya lagi, selain dari program pemberian secara bulanan ini, pejabatnya turut menganjurkan program bakul makanan rakyat


Program bakul makanan rakyat ini memberikan minyak, beras, gula, tepung dan beberapa barangan asas yang lain.

Justeru katanya, kepada mereka yang memerlukan, sila datang kepejabatnya dan ambil sahaja bakul makanan tersebut

Jadi jika ada rasa kesempitan hidup, maka datanglah, kita tidak akan banyak soal, cuma kita akn daftarkan nama dan kita akan serahkan bakul makanan tersebut ujarnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles