Taksub Orang PAS Melampaui Batas

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa partinya sebagai parti yang stabil setelah lima jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi bagaimanapun menyifatkan keadaan itu berlaku kerana sejumlah besar penyokong PAS terlalu taksub dengan pemimpin, meskipun dalam hal yang tidak baik.

Bahkan walaupun menyedari ada pemimpinnya menunjukkan contoh yang tidak baik, penyokong dan ahli PAS sendiri enggan menegurnya.

Lantaran itulah, lima pemimpin tertingginya selesa di jawatan masing-masing.

“Pada mereka kejayaan gelombang hijau adalah kerana kehebatan luar biasa lima pemimpin teratas itu.

“Mereka jadi takut menyanggah lima orang tersebut. Takut dituduh kacau daun dan menentang Islam.

“Taksub mereka melampaui batas.

“Apa tidaknya, pemimpin mencarut, celupar, kuat bohong dan tidak konsisten ditaati membabi buta,” katanya sambil membayangkan sampai masanya nanti Pas akan pecah.

Baru-baru ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan lima jawatan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden telah menarik diri.

Jawatan Presiden PAS ketika ini dipegang oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

BBerkaitan

Latest articles