Takrifan ‘Katak’ Bagi Shafie Adalah Golongan Yang Menentangnya, Kata Pemimpin PBS

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikritik kerana menggelarkan ‘katak’ kepada mereka yang memilih keluar parti dan menyokong pembangkang.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai meminta Warisan ‘sedar diri’ apabila ada di kalangan pemimpinnya juga melompat dari parti lain untuk bersama Shafie.

Beliau memetik nama timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, dan Naib Presiden Junz Wong masing-masing berhijrah dari PKR dan DAP.

Malah pembentukan kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) juga disebabkan oleh sokongan Upko dan beberapa wakil rakyat yang berubah haluan menyokong Shafie.

“Nampaknya takrif ‘katak’ bagi Shafie adalah orang yang tak menyokongnya.

“Beliau tiada wibawa moral dan integriti politik untuk mengajar ‘katak’ dan patut hentikan hipokrasi ini,”kata Bangkuai dalam kenyataan.

Reaksi itu menyusul selepas Shafie mahu rakyat memilih wakil rakyat yang setia dengan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan berkata bahawa “katak politik” tidak akan dipertimbangkan apabila memilih calon pada PRN itu nanti.

“Shafie boleh lepaskan kekecewaannya dan gelar apa sahaja wakil rakyat yang tinggalkan kerajaannya, tetapi sebelum berbuat demikian, beliau patut cermin diri sendiri,” bidas Bangkuai lagi.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...